Monday, December 28, 2009

Isu Kemasukan Anak-anak Penduduk ke SRA Al-Mukhlisin, Alam Damai

Silat klik imej untuk besarkanya
28/12/2009
Assalamualaikum,

Yang dikasihi Dato/Datin/Dr./Tuan/Puan,

Selepas solat Isya di Masjid Al-Mukhlisin, Alam Damai tadi Dato Shamsul Najmi telah memberi sedikit penerangan mengenai isu kemasukan anak-anak penduduk Alam Damai yang beragama Islam ke Sekolah Rendah Agama, Al-Mukhlisin, Alam Damai.

Dato Shamsul Najmi telah menerangkan bahawa Ahli Jawatan Kuasa Masjid Al-Mukhlisin Alam Damai ialah AJK yang dilantik oleh MAIWP berdasarkan surat Pekeliling dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) JAWI.K100-8/1( )bertarikh 26hb. Ramadhan 1430 Hijrah bersamaan 12hb. Sepetember,2009. Kesemua AJK sementara tersebut adalah terdiri dari Pegawai Kanan/pegawai JAKIM dan JAWI-silat lihat foto berkenaan. Tiada seorang pun penduduk Alam Damai dilantik menjadi Ahli Jawatan Kuasa, Masjid Al-Mukhlisin, Alam Damai.










Dato Shamsul Najmi memberitahu isu berkenaan timbul bila ada penduduk yang tidak puas hati menyatakanya melalui e-mail, ada sahabat kita mengatakan AJK Masjid Al-Mukhlisin pilih kasih dan berat sebelah dalam pemilihan kemasukan ke SRA Al Mukhlisin, Alam Damai. Bagi menjernihkan keadaan sepertimana yang tersebut di atas perlu difahami semua AJK Masjid Al-Mukhlisin adalah terdiri dari Pegawai JAKIM dan JAWI. Beliau juga memaklumkan bahawa Imam yang rasmi ialah Ustaz NorHafizi selaku Ketua Imam, Masjid Al-Mukhlisin, dan Ustaz Syukran sebagai Imam dan Ustaz Anuar Arif selaku Imam Rawatib, manakala Ustaz Zulkifli Ahmad, Ustaz Ahmad Rosli dan Ustaz Dato Shamsul Najmi hanya Imam sukarela dan belum lagi dilantik sebagai Imam kariah.

Juga sebagai tambahan di sertakan foto surat pekeliling dari MUDIR SRA berkenaan yang dengan jelas menerang kan maksudnya( keutamaan adalah kepada murid-murid SRA Al Mubarakah). Kesemua surat pekeliling tersebut ada ditampal di papan kenyataan Masjid Al-Mukhlisin, Alam Damai.








Bagi mereka yang tidak berpuas hati sila salurkan komen dan bantahan tuan/puan kepada JAWI dan pihak yang berkaitan.

Semoga dengan penjelasan ini akan menjernihkan kembali kekeruhan yang timbul dari isu SRA Al-Mukhlisin, Alam Damai.

Monday, December 21, 2009

Makluman Terkini Blog

Salam Saudara Semua

Untuk streaming yang lebih baik saya telah membina blog yang baru di wordpress.com , bagi kuliah yang bermula 17-12-2009 telah dipindahkan ke blog yang baru,sila surf ke blog baru , blogspot ada masalah cache memory bila terlalu banyak embed video

http://kariahalmukhlisin.wordpress.com/

Sunday, December 13, 2009

Kuliah Fiqh Sirah-11-12-2009

Ustaz Anwar Arif








Majlis Sambutan Maal Hijrah 1431 Hijrah

Tarikh: 30 Zulhijjah 1430 Hijrah/17hb. Disember 2009
Hari : Khamis
Tempat : Dewan Solat Masjid Al Mukhlisin, Alam Damai


TENTATIF PROGRAM

1. Program Remaja 12- 17 tahun
8:00 pagi hingga 1:00 tengahari
- 8:00 pagi-8:45 pagi -Pendaftaran Peserta
- 8:45 pagi-9:00 pagi: Taklimat Program
-9:00 pagi-10:30 pagi- Motivasi- Diari Tahun Baru 2010
-10:30 pagi- Minum Pagi
- 10:30 pagi-12:00 Tengahari - Bengkel Pengukuhan (mandi Wajib- Solat)
-12:00 Tengahari - Penubuhan Kelab Remaja Masjid/Program-program Kelab
-1:00 Tengahari- Makan Tenghari/Solat Zohor/Bersurai
-7:00 malam- 7:30 malam: Solat Maghrib
-7:30 malam-8:00 malam- Persembahan Nasyid

2. Forum Perdana Hal Ehwal Islam
"Penghayatan Penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W"
7:30 Malam hingga 9:00 Malam
Panelis:
Prof. Madya Dr. Harlina Haliza Siraj
Ustaz Hisam Hafiz bin Jamaluddin
Moderator: Ustaz Mohd Rodzi bin Hashim


3. 4:00 pagi-5:30 pagi- Qiamulail

4. Kuliah Subuh6:30 pagi Hingga 7:00 pagi

Jamuan

Muslimin dan Muslimat Dijemput hadir bagi menjayakan majlis

Monday, December 7, 2009

Kuliah Subuh 06-12-2009

Wan Aziz Bin Wan Omar
Istana Negara











Saturday, December 5, 2009

Kuliah Maghrib -4-11-2009

Kitab Fiqh Sirah
Dr. Said Ramadhan Al-Buti
Oleh Ustaz Anwar Arif