Monday, December 28, 2009

Isu Kemasukan Anak-anak Penduduk ke SRA Al-Mukhlisin, Alam Damai

Silat klik imej untuk besarkanya
28/12/2009
Assalamualaikum,

Yang dikasihi Dato/Datin/Dr./Tuan/Puan,

Selepas solat Isya di Masjid Al-Mukhlisin, Alam Damai tadi Dato Shamsul Najmi telah memberi sedikit penerangan mengenai isu kemasukan anak-anak penduduk Alam Damai yang beragama Islam ke Sekolah Rendah Agama, Al-Mukhlisin, Alam Damai.

Dato Shamsul Najmi telah menerangkan bahawa Ahli Jawatan Kuasa Masjid Al-Mukhlisin Alam Damai ialah AJK yang dilantik oleh MAIWP berdasarkan surat Pekeliling dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) JAWI.K100-8/1( )bertarikh 26hb. Ramadhan 1430 Hijrah bersamaan 12hb. Sepetember,2009. Kesemua AJK sementara tersebut adalah terdiri dari Pegawai Kanan/pegawai JAKIM dan JAWI-silat lihat foto berkenaan. Tiada seorang pun penduduk Alam Damai dilantik menjadi Ahli Jawatan Kuasa, Masjid Al-Mukhlisin, Alam Damai.










Dato Shamsul Najmi memberitahu isu berkenaan timbul bila ada penduduk yang tidak puas hati menyatakanya melalui e-mail, ada sahabat kita mengatakan AJK Masjid Al-Mukhlisin pilih kasih dan berat sebelah dalam pemilihan kemasukan ke SRA Al Mukhlisin, Alam Damai. Bagi menjernihkan keadaan sepertimana yang tersebut di atas perlu difahami semua AJK Masjid Al-Mukhlisin adalah terdiri dari Pegawai JAKIM dan JAWI. Beliau juga memaklumkan bahawa Imam yang rasmi ialah Ustaz NorHafizi selaku Ketua Imam, Masjid Al-Mukhlisin, dan Ustaz Syukran sebagai Imam dan Ustaz Anuar Arif selaku Imam Rawatib, manakala Ustaz Zulkifli Ahmad, Ustaz Ahmad Rosli dan Ustaz Dato Shamsul Najmi hanya Imam sukarela dan belum lagi dilantik sebagai Imam kariah.

Juga sebagai tambahan di sertakan foto surat pekeliling dari MUDIR SRA berkenaan yang dengan jelas menerang kan maksudnya( keutamaan adalah kepada murid-murid SRA Al Mubarakah). Kesemua surat pekeliling tersebut ada ditampal di papan kenyataan Masjid Al-Mukhlisin, Alam Damai.








Bagi mereka yang tidak berpuas hati sila salurkan komen dan bantahan tuan/puan kepada JAWI dan pihak yang berkaitan.

Semoga dengan penjelasan ini akan menjernihkan kembali kekeruhan yang timbul dari isu SRA Al-Mukhlisin, Alam Damai.

2 comments:

  1. Salam, bila difikirkan kenapa keutamaan di beri kepada yg dah ada tempat di Sekolah Agama yer..kenapa tak beri peluang yg belum ada tempat di mana-mana sekolah agama.:)

    ReplyDelete
  2. salam

    Kena tanya le Guru Besar (mudir) SRA berkenaan atau JAWI dan jangan tanya saya. Tak dapek den nak menolong nyo

    ReplyDelete