Silat klik imej untuk besarkanya
28/12/2009
Assalamualaikum,
Yang dikasihi Dato/Datin/Dr./Tuan/Puan,
Selepas solat Isya di Masjid Al-Mukhlisin, Alam Damai tadi Dato Shamsul Najmi telah memberi sedikit penerangan mengenai isu kemasukan anak-anak penduduk Alam Damai yang beragama Islam ke Sekolah Rendah Agama, Al-Mukhlisin, Alam Damai.
Dato Shamsul Najmi telah menerangkan bahawa Ahli Jawatan Kuasa Masjid Al-Mukhlisin Alam Damai ialah AJK yang dilantik oleh MAIWP berdasarkan surat Pekeliling dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) JAWI.K100-8/1( )bertarikh 26hb. Ramadhan 1430 Hijrah bersamaan 12hb. Sepetember,2009. Kesemua AJK sementara tersebut adalah terdiri dari Pegawai Kanan/pegawai JAKIM dan JAWI-silat lihat foto berkenaan. Tiada seorang pun penduduk Alam Damai dilantik menjadi Ahli Jawatan Kuasa, Masjid Al-Mukhlisin, Alam Damai.
Dato Shamsul Najmi memberitahu isu berkenaan timbul bila ada penduduk yang tidak puas hati menyatakanya melalui e-mail, ada sahabat kita mengatakan AJK Masjid Al-Mukhlisin pilih kasih dan berat sebelah dalam pemilihan kemasukan ke SRA Al Mukhlisin, Alam Damai. Bagi menjernihkan keadaan sepertimana yang tersebut di atas perlu difahami semua AJK Masjid Al-Mukhlisin adalah terdiri dari Pegawai JAKIM dan JAWI. Beliau juga memaklumkan bahawa Imam yang rasmi ialah Ustaz NorHafizi selaku Ketua Imam, Masjid Al-Mukhlisin, dan Ustaz Syukran sebagai Imam dan Ustaz Anuar Arif selaku Imam Rawatib, manakala Ustaz Zulkifli Ahmad, Ustaz Ahmad Rosli dan Ustaz Dato Shamsul Najmi hanya Imam sukarela dan belum lagi dilantik sebagai Imam kariah.
Juga sebagai tambahan di sertakan foto surat pekeliling dari MUDIR SRA berkenaan yang dengan jelas menerang kan maksudnya( keutamaan adalah kepada murid-murid SRA Al Mubarakah). Kesemua surat pekeliling tersebut ada ditampal di papan kenyataan Masjid Al-Mukhlisin, Alam Damai.
Bagi mereka yang tidak berpuas hati sila salurkan komen dan bantahan tuan/puan kepada JAWI dan pihak yang berkaitan.
Semoga dengan penjelasan ini akan menjernihkan kembali kekeruhan yang timbul dari isu SRA Al-Mukhlisin, Alam Damai.
Monday, December 28, 2009
Monday, December 21, 2009
Makluman Terkini Blog
Salam Saudara Semua
Untuk streaming yang lebih baik saya telah membina blog yang baru di wordpress.com , bagi kuliah yang bermula 17-12-2009 telah dipindahkan ke blog yang baru,sila surf ke blog baru , blogspot ada masalah cache memory bila terlalu banyak embed video
http://kariahalmukhlisin.wordpress.com/

Monday, December 14, 2009
Sunday, December 13, 2009
Majlis Sambutan Maal Hijrah 1431 Hijrah
Tarikh: 30 Zulhijjah 1430 Hijrah/17hb. Disember 2009
Hari : Khamis
Tempat : Dewan Solat Masjid Al Mukhlisin, Alam Damai
TENTATIF PROGRAM
1. Program Remaja 12- 17 tahun
8:00 pagi hingga 1:00 tengahari
- 8:00 pagi-8:45 pagi -Pendaftaran Peserta
- 8:45 pagi-9:00 pagi: Taklimat Program
-9:00 pagi-10:30 pagi- Motivasi- Diari Tahun Baru 2010
-10:30 pagi- Minum Pagi
- 10:30 pagi-12:00 Tengahari - Bengkel Pengukuhan (mandi Wajib- Solat)
-12:00 Tengahari - Penubuhan Kelab Remaja Masjid/Program-program Kelab
-1:00 Tengahari- Makan Tenghari/Solat Zohor/Bersurai
-7:00 malam- 7:30 malam: Solat Maghrib
-7:30 malam-8:00 malam- Persembahan Nasyid
2. Forum Perdana Hal Ehwal Islam
"Penghayatan Penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W"
7:30 Malam hingga 9:00 Malam
Panelis:
Prof. Madya Dr. Harlina Haliza Siraj
Ustaz Hisam Hafiz bin Jamaluddin
Moderator: Ustaz Mohd Rodzi bin Hashim
3. 4:00 pagi-5:30 pagi- Qiamulail
4. Kuliah Subuh6:30 pagi Hingga 7:00 pagi
Jamuan
Muslimin dan Muslimat Dijemput hadir bagi menjayakan majlis

Monday, December 7, 2009
Saturday, December 5, 2009
Sunday, November 22, 2009
Kuliah Subuh 22/11/2009
Kuliah Subuh 22/11/2009
Ustaz Meftah Anuar
Imam 1, Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin

Saturday, November 21, 2009
Thursday, November 19, 2009
Tuesday, November 17, 2009
Saturday, November 14, 2009
Kuliah Subuh-14-11-2009
Ustaz Nur Hafizi
Ketua Imam Masjid Al-Mukhlisin
Alam Damai, Cheras
Bahagian 1
Bahagian 2
Bahagian 3
Bahagian 4
Bahagian 5
Bahagian 6
Ketua Imam Masjid Al-Mukhlisin
Alam Damai, Cheras
Bahagian 1
Bahagian 2
Bahagian 3
Bahagian 4
Bahagian 5
Bahagian 6
Friday, November 13, 2009
Wednesday, November 11, 2009
Tuesday, November 10, 2009
Thursday, November 5, 2009
Wednesday, November 4, 2009
Kuliah Maghrib-3/11/2009
Kuliah Maghrib Ustaz Dato Shamsul Najmi
3-11-2009
Untuk lihat tulisan kat whiteboard sila besarkan "screen" youtube tu

Tuesday, November 3, 2009
Rasulullah Melayani Tetamu
Material Kuliah Subuh 30-10-2009
Sentuhan perasaan dan gejolak emosional adalah sesuatu yang selalu hadir dan diperlukan dalam kehidupan seorang insan, baik di tengah masyarakat, keluarga maupun di dalam rumahnya. Bingkisan hadiah adalah salah satu kaedah untuk merekatkan hati dan meluluhkan dendam serta amarah.
'Aisyah Radhiallaahu anhu menuturkan: "Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam biasa menerima bingkisan hadiah dan membalas bingkisan itu." (HR. Bukhari)
Pemberian hadiah dan ucapan terima kasih sebagai ungkapan rasa syukur ini hanya muncul dari jiwa yang mulia dan hati yang tulus. Akhlak yang mulia merupakan akhlak para nabi dan sunnah para rasul. Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam adalah teladan yang terdepan dan panutan yang luhur dalam masalah tersebut. Bukankah baginda telah menegaskan:
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah ia memuliakan tamu. Hak tamu ialah sehari semalam. Kewajiban melayani tamu adalah tiga hari, lebih dari itu merupakan sedekah. Seorang tamu tidaklah boleh berlama-lama sehingga memberatkan tuan rumah." (HR. Al-Bukhari)
Demi Allah, tidak pernah disaksikan sebelumnya oleh siapapun juga, baik di gunung maupun di lembah, baik penduduk Hijaz maupun penduduk semenanjung Arab, akhlak dan budi pekerti seagung dan semulia Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam . Bahkan oleh penduduk Timur dan Barat sekalipun. Perhatikanlah baik-baik dan lihatlah perilaku Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam .
Dari Sahal bin Sa'ad Radhiallaahu anhu ia berkata: "Seorang wanita datang menemui Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam dengan membawa kain bersulam (berhias). Ia berkata: "Aku menenun dan menyulamnya sendiri dengan tanganku supaya engkau mengenakannya."
Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam pun mengambilnya, tam-paknya baginda sangat memerlukan. Kemudian baginda keluar menemui kami dengan mengenakan kain itu sebagai sarung. Ada yang berkata: "Alangkah indahnya kain itu, hadiahkanlah kain itu kepadaku!" "Boleh!" jawab baginda. Lalu Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam duduk di dalam majlis kemudian kembali. Baginda segera melipat kain itu dan mengirimkannya kepada orang tersebut.
Orang-orang berkata: "Alangkah bagusnya engkau ini, Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam lebih membutuhkan kain itu tetapi engkau malah memintanya, padahal engkau tahu bahwa Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam tidak pernah menolak permintaan!" orang itu menjawab: "Demi Allah, sesungguhnya aku meminta kain itu kepada beliau bukan untuk kukenakan, akan tetapi aku ingin menjadikannya sebagai kain kafan." Sahal berkata: "Dengan kain itulah ia dikafani." (HR. Bukhari)
Tidaklah menghairankan jika demikian luhur budi pekerti hamba pilihan Allah Ta'ala ini. Karena baginda dibimbing langsung dibawah pengawasan-Nya dan menjadikannya sebagai teladan. Baginda telah memberikan contoh yang agung dalam hal kemurahan hati dan kedermawanan.
Hakim bin Hizam Radhiallaahu anhu menuturkan: "Aku pernah meminta sesuatu kepada Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam, beliau lantas memberikannya. Kemudian aku meminta lagi, beliau pun memberikanya. Kemudian aku meminta lagi, beliau pun memberikannya seraya berkata: "Wahai Hakim, sesungguhnya harta ini manis dan indah. Barang siapa yang mengambilnya dengan kemurahan hati, ia akan mendapat keberkatan padanya. Barangsiapa yang mengambilnya dengan ketamakan, ia tidak akan mendapat keberkatan padanya. Bagaikan orang yang makan tapi tidak pernah kenyang. Dan tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah." (Muttafaq 'alaih)
Benarlah ucapan seorang penyair:
Baginda adalah seorang yang paling sempurna ketaatannya
disamping memiliki semangat yang begitu tinggi.
Demikian agung dan luhur kedudukan baginda
hingga sulit dibandingkan dengan siapapun.
Bila cahaya baginda menyinari umat manusia
niscaya akan mengelokkan dan menaungi mereka.
Ternyata cahaya itu adalah Al-Qur'an dan Sunnah baginda.
Kutemukan para pemburu tercengang keheranan.
Kutemukan semua kebaikan terkumpul pada seorang insan (Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam )
Jabir Radhiallaahu anhu berkata: "Tidak pernah sama sekali Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam mengatakan "tidak" (menolak) setiap kali diminta." (HR. Al-Bukhari)
Kedermawanan dan kemurahan hati baginda sulit untuk dicari tandingannya. Ditambah lagi dengan kebaikan hati, keelokan dalam bergaul dan kesetiaan baginda yang tiada taranya. Di antara kebiasaan baginda adalah menebar senyum kepada orang yang berada di dalam majlis. Sehingga orang-orang akan menyangka bahwa orang itulah yang paling baginda kasihi.
Jabir bin Abdullah Radhiallaahu anhu mengungkapkan: "Sejak aku masuk Islam, setiap kali Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam berpapasan denganku atau melihatku, baginda pasti tersenyum." (HR. Al-Bukhari)
Cukuplah pengakuan dari orang yang melihat langsung menjadi pelajaran bagi kita.
Abdullah bin Al-Harits Radhiallaahu anhu menuturkan: "Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam." (HR. At-Tirmidzi)
Mengapa harus hairan wahai saudaraku tercinta, bagindalah yang menegaskan:
"Senyumanmu di hadapan saudaramu (seiman) adalah sedekah." (HR. At-Tirmidzi)
Anas bin Malik Radhiallaahu anhu yang pernah menjadi pelayan Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam telah mengungkapkan kepada kita beberapa sifat yang agung pada diri beliau. Yang sulit ditemukan pada diri seseorang, bahkan pada diri orang banyak. Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam adalah seorang yang sangat lembut, baginda pasti memperhatikan setiap orang yang bertanya kepadanya, baginda tidak akan berpaling sehingga sipenanyalah yang berpaling. Baginda pasti menyambut setiap orang yang mengulurkan tangannya kepada baginda, baginda tidak akan melepas jabatan tangannya sehingga orang itulah yang melepaskan." (HR. Abu Nu'aim dalam kitab Dalaail)
Selain sangat memuliakan tamu dan berlaku lembut kepada mereka, baginda juga sangat penyantun terhadap umatnya. Oleh sebab itu, baginda tidak rela melihat kemungkaran bahkan beliau pasti segera membasminya.
Ibnu Abbas Radhiallaahu anhu menuturkan bahwa suatu ketika Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam melihat cincin emas di tangan seorang lelaki. Baginda segera mencabut cincin itu lalu membuangnya seraya berkata: "Apakah salah seorang di antara kamu suka memakai bara api dari Neraka di tangannya?" (HR. Muslim)
Sumber: Syaikh Abdul Malik bin Muhammad bin Abdurrahman Al-Qasim

Monday, November 2, 2009
Saturday, October 31, 2009
Friday, October 30, 2009
Wednesday, October 28, 2009
Monday, October 26, 2009
Kuliah Maghrib-Kitab Riadhus Solihin-26-10-2009
Kuliah Maghrin- 26/10/2009
Kitab Riadhus Solihin- Bab Niat
Kitab Riadhus Solihin- Bab Niat
Sunday, October 25, 2009
KISAH NABI SULAIMAN- Kuliah Subuh 25-10-2009
Kisah Nabi Allah Sulaiman
15. Dan sesungguhnya Kami telah memberi ilmu kepada Daud dan Sulaiman; dan keduanya mengucapkan: Segala puji bagi Allah yang melebihkan kami dari kebanyakan hamba-hamba-Nya yang beriman.
16. Dan Sulaiman telah mewarisi Daud, dan dia berkata: Hai Manusia, kami telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) ini benar-benar suatu kurnia yang nyata.
17. Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tentaranya dari jin, manusia dan burung lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan).
18. Hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut: Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, sedangkan mereka tidak menyedari;
[19] Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu dan berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh.
Doa yang Nabi Sulaiman baca ni adalah antara doa yang boleh diamalkan. Ayat ini merakamkan bagaimana Nabi Sulaiman bila dapat nikmat, dia akan bersyukur dan tidak takbur. Dan dia minta kat Allah supaya dia menjadi orang yang tetap bersyukur.
[20] Dan (setelah itu) Nabi Sulaiman memeriksa kumpulan burung (yang turut serta dalam tenteranya) lalu berkata: Mengapa aku tidak melihat burung belatuk? Adakah dia dari mereka yang tidak hadir?
Hebat sekali bagaimana seorang ketua ni begitu sensitif dengan ahli di bawahnya. Begitu sensitif bila mana ahlinya tidak datang. Dan menunjukkan betapa tersusunnya sebuah jemaah yang besar sampaikan Nabi Sulaiman ni tidak perlu ada buku kehadiran, tapi dia tahu mana ahli dia yang tidak hadir. Dan sekiranya kita hendak menjadi seorang pemimpin yang baik, kita perlu sensitif dalam hal-hal sebegini.
[21] Demi sesungguhnya! Aku akan menyeksanya dengan seksa yang seberat-beratnya, atau aku akan menyembelihnya, kecuali dia membawa kepadaku alasan yang terang nyata (yang membuktikan sebab-sebab dia tidak hadir).
Dalam hal jemaah, Nabi Sulaiman tidak bersangka baik dengan burung Hud Hud. Nabi Sulaiman berjanji sekiranya burung Hud Hud tidak datang dengan alasan yang nyata, Nabi Sulaiman akan menjatuhkan hukuman yang berat dan akan menyembelihnya. Nak gambarkan betapa dahsyatnya hukuman dalam ayat ni sampaikan Nabi Sulaiman ni sanggup nak sembelih burung Hud Hud. Dan alasan yang perlu diberikan oleh burung Hud Hud adalah alasan yang benar-benar nyata. Dalam ayat ni, perkataan yang digunakan adalah Sultan. Kalau guna Sultan dalam bahasa Arab tu adalah betul-betul nak menggambarkan alasan yang jelas. Tak boleh remeh temeh.
[22] Burung belatuk itu tidak lama ghaibnya selepas itu, lalu datang sambil berkata (kepada Nabi Sulaiman): Aku dapat mengetahui secara meliputi akan perkara yang engkau tidak cukup mengetahuinya dan aku datang kepadamu dari negeri Saba' dengan membawa khabar berita yang diyakini kebenarannya.
[23] Sesungguhnya aku dapati seorang perempuan memerintah mereka dan dia telah diberikan kepadanya (serba sedikit) dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan) dan dia pula mempunyai singgahsana yang besar.
[24] Aku dapati raja perempuan itu dan kaumnya sujud kepada matahari dengan meninggalkan ibadat menyembah Allah dan Syaitan pula memperelokkan pada pandangan mereka perbuatan (syirik) mereka, lalu menghalangi mereka dari jalan (yang benar); oleh itu mereka tidak beroleh petunjuk;
[25] (Mereka dihalangi oleh Syaitan) supaya mereka tidak sujud menyembah Allah yang mengeluarkan benda yang tersembunyi di langit dan di bumi dan yang mengetahui apa yang kamu rahsiakan serta apa yang kamu zahirkan.
[26] Allah! Tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar.
Burung Hud Hud selepas seketika kembali bertemu dengan Nabi Sulaiaman. Dan dia pun membawa satu alasan yang nyata seperti yang diterangkan dalam ayat tersebut. Dia ceritakan kisah sebuah umat yang menyembah matahari. Dan syaitan membuatkan mereka memandang indah perbuatan tersebut.
Banyak pengajaran dalam ayat ni. Bila burung Hud-Hud ni datang, dia tidak cakap saya tidak datang sebab bla..bla..bla..Tapi burung Hud Hud ni cerita dengan detail sekali. Maksudnya, kalau kita ni nak buat sesuatu atau nak berikan pendapat, pastikan kita bawa hujah yang diyakini. Jangan cakap, saya rasalah kan kalau buat macam gini..kita boleh dapat cam gini..Tolonglah jangan sebut sekali-kali mengatakan- “saya rasalah...”. Jangan hanya mengikut persangkaan belaka. Pastikan kita ada dalil-dalil mengapa kita bercakap begitu.
Tapi bila burung Hud Hud membawa berita ni dengan bukti-bukti yang nyata, apa Nabi Sulaiman buat? Kita tengok ayat selepas ini..
[27] Nabi Sulaiman berkata: Kami akan fikirkan dengan sehalus-halusnya, adakah benar apa yang engkau katakan itu ataupun engkau dari golongan yang berdusta.
Nabi Sulaiman tidak percaya lagi. Nabi Sulaiman benar-benar nak mengesahkan perkara tersebut sebab ketidakhadiran ke dalam perhimpunan adalah sesuatu yang sangat besar. Kalau kitalah, kawan kita cakap dia tak datang usrah sebab dia buat kerja dakwah kat satu ceruk kampung, mesti kita percaya kan? Dan yang lain pun, mesti..wah, hebatnya budak ni..Tapi dalam kisah Nabi Sulaiman, dia tidak mudah nak mempercayai sesuatu. Dia nak kaji sedalam-dalamnya. Ni contoh seorang pemimpin yang baik. Mengkaji sesuatu sedalamnya.
[28] Pergilah bawa suratku ini, serta campakkanlah kepada mereka, kemudian berundurlah dari mereka; dalam pada itu perhatikanlah apa tindak balas mereka.
Lepas tu, Nabi Sulaiman pun kasi assignment kat burung Hud Hud. Suruh campakkan surat dan berundur dengan secepatnya. Kenapa kena berundur dengan secepatnya?? Sebab kalau kita ni lama-lama dalam biah (suasana) yang tidak soleh, kita pun akan tenggelam juga. Dan Nabi Sulaiman pastikan yang burung Hud Hud ni tidak sesat kerana mengikut ajaran penduduk Saba’ dan dia meminta burung Hud Hud untuk kembali secepatnya.
[29] (Setelah membaca surat itu), berkatalah raja perempuan negeri Saba': Wahai ketua-ketua kaum! Sesungguhnya telah disampaikan kepadaku sepucuk surat yang mulia.
Kenapa agaknya dalam surah ni Allah cerita pasal musuh? Dan Allah cerita detail pasal perbualan raja perempuan negeri Saba’ ni. Sebab kita dapat belajar sesuatu daripada musuh. (Dalam AlQuran tak sebut pun nama raja ni sebagai Balqis, nama Balqis ni cuma pendapat ulama’). Kerajaan Saba’ ni adalah antara kerajaan yang begitu hebat. Sehinggakan dalam AlQuran, ada satu surah istimewa dinamakan sebagai Saba’. Dalam surah tersebut, Allah cerita dengan begitu mendalam teknologi kaum Saba’ ni antaranya dalam bidang pertanian. Pastinya ada sesuatu yang hebat berkenaan kaum Saba’ ni sehingga menjadi sebuah kerajaan yang begitu hebat dalam peradaban manusia. Apa kehebatan dia? Pemimpin dia melakukan syura (permesyuaratan) dalam apa-apa masalah yang timbul.
[30] Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman dan kandungannya (seperti berikut): Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Ayat ni adalah satu-satunya ayat di dalam AlQuran yang mana Basmalah berada di tengah-tengah ayat.
[31] Bahawa janganlah kamu meninggi diri terhadapku dan datanglah kamu kepadaku dengan menyerah diri (beriman dan mematuhi ajaran agama Allah.
[32] Raja perempuan itu berkata lagi: Wahai ketua-ketua kaum, berilah penjelasan kepadaku mengenai perkara yang aku hadapi ini; aku tidak pernah memutuskan sesuatu perkara sebelum kamu hadir memberi pendapat dan mempersetujuinya.
Dalam ayat ni pun, ditekankan prinsip syura. Betapa pandangan setiap orang itu begitu penting dalam satu-satu perkara.
[33] Mereka menjawab: Kita adalah orang-orang yang kuat gagah dan amat berani merempuh peperangan dan perkara itu (walau bagaimanapun) terserahlah kepadamu; oleh itu fikirkanlah apa yang engkau hendak perintahkan.
[34] Raja perempuan itu berkata: Sesungguhnya raja-raja, apabila masuk ke sebuah negeri, mereka merosakkannya dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia hina-dina; dan sedemikian itulah mereka akan lakukan.
[35] Dan bahawa aku hendak menghantarkan hadiah kepada mereka, kemudian aku akan menunggu, apakah balasan yang akan dibawa balik oleh utusan-utusan kita
Ini adalah antara ayat-ayat yang menujukkan apa yang kita lakukan apabila kita merasa takut. Kita suka memberi hadiah. Bahasa mudahnya, RASUAH. Dan ini adalah realiti yang berlaku di zaman ini. Apabila kita gerun dengan mana-mana negara, kita memberi hadiah. Dan selalunya hati manusia mudah lebur apabila diberikan hadiah.
[36] Maka apabila (utusan pembawa hadiah itu) datang mengadap Nabi Sulaiman, berkatalah Nabi Sulaiman (kepadanya): Tidaklah patut kamu memberikan kepadaku pemberian harta-benda, kerana apa yang telah diberikan Allah kepadaku lebih baik dari apa yang telah diberikanNya kepada kamu; (bukan aku yang memandang kepada pemberian hadiah) bahkan kamulah yang bergembira dengan hanya kekayaan yang dihadiahkan kepada kamu (atau yang kamu hadiahkan dengan perasaan megah).
[37] Kembalilah kepada mereka, (jika mereka tidak juga mahu beriman) maka demi sesungguhnya kami akan mendatangi mereka dengan angkatan tentera yang mereka tidak terdaya menentangnya dan kami akan mengeluarkan mereka dari negeri Saba' dengan keadaan hina, menjadi orang-orang tawanan.
[38] Nabi Sulaiman berkata pula (kepada golongan bijak pandainya): Wahai pegawai-pegawaiku, siapakah di antara kamu yang dapat membawa kepadaku singgahsananya sebelum mereka datang mengadapku dalam keadaan berserah diri memeluk Islam?
Sebab apa Nabi Sulaiman nak pindahkan singgahsana dan bukannya benda lain? Sebab singgahsana ni lambang kekuasaan. Kalau dapat mengalahkan singgahsana, bererti dapat menawan kerajaan tersebut. Dan pada akhir ayat tersebut, Nabi Sulaiman yakin bahawa dakwahnya pasti akan berjaya. Dan seterusnya kita akan melihat apa yang dilakukan pleh pengikut Nabi Sulaiman.
[39] Berkatalah Ifrit dari golongan jin: Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah.
Inilah contoh pengikut yang baik. Pengikut sebuah kerajaan yang hebat. Dia tidak pernah rasa ‘inferior’. Malah cuba untuk volunteer. Tak sabar-sabar nak melakukan tugas. Sebab dia tahu kekuatan sesuatu kerajaan tersebut bergantung pada dirinya juga meskipun dia hanya orang bawahan.
[40] Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata! Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah dia: Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah.
Pengikut Nabi Sulaiman ni berebut-rebut untuk melakukan sesuatu dengan cara yang paling baik. Sebagai Muslim, kita juga perlu melakukan sesuatu dengan cara yang paling baik sebab kita nak syurga Jannatul Firdaus, kita nak syurga yang tertinggi . Ada beza ke syurga yang paling bawah dan syurga yang paling atas? Bezanya terlalu jauh. Cuba kita bermusafir dengan Air Asia. Dan satu hari yang lain kita bermusafir dengan Malaysia Airline. Ada beza tak? Destinasinya sama, tapi nikmat perjalanan tersebut pastinya berbeza. Begitu juga dengan syurga. Terlalu jauh bezanya. Pasal tu Rasulullah SAW meminta kita apabila berdoa, mintalah syurga yang paling tinggi.
Dan sekiranya suatu hari kita ditakdirkan menjadi pemimpin yang baik, jangan sekali-kali bongkak. Nabi Sulaiman bimbang semua itu adalah ujian Allah buatnya.
[41] Nabi Sulaiman berkata pula (kepada orang-orangnya): Ubahkanlah keadaan singgahsananya itu, supaya kita melihat adakah dia dapat mencapai pengetahuan yang sebenar (untuk mengenal singgahsananya itu) atau dia termasuk dalam golongan yang tidak dapat mencapai pengetahuan yang demikian.
[42] Maka ketika dia datang mengadap, Nabi Sulaiman bertanya kepadanya: Serupa inikah singahsanamu? Dia menjawab: Boleh jadi inilah dia dan kami telah diberikan ilmu pengetahuan sebelum berlakunya (mukjizat) ini dan kami pula adalah tetap berserah diri (menjunjung perintah Allah).
Ini adalah pusingan pertama kekalahan raja perempuan kerajaan Saba. Dan dia sudahpun mula percaya kepada Allah apabila melihat singgahsananya sendiri di dalam pemerintahan Nabi Sulaiman.
[43] Dan dia dihalangi (daripada memeluk Islam pada masa yang lalu ialah) apa yang dia pernah menyembahnya (dari benda-benda) yang lain dari Allah; sesungguhnya adalah dia (pada masa itu) dari puak yang kafir.
[44] (Setelah itu) dikatakan kepadanya: Dipersilakan masuk ke dalam istana ini. Maka ketika dia melihatnya, disangkanya halaman istana itu sebuah kolam air, serta dia pun menyingsingkan pakaian dari dua betisnya. Nabi Sulaiman berkata: Sebenarnya ini adalah sebuah istana yang diperbuat licin berkilat dari kaca. (Mendengar yang demikian), Balqis berdoa: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri dan (sekarang aku menegaskan bahawa) aku berserah diri memeluk Islam bersama-sama Nabi Sulaiman, kepada Allah Tuhan sekalian alam.
Selepas itu, Nabi Sulaiman pun menunjukkan pula kekuasaannya. Dan dalam ayat ni detail sekali Allah cerita bagaimana raja perempuan ini menyingsingkan pakaiannya. Sebab pakaian ni adalah lambang kekuasaan di zaman itu..Dan ini adalah kekalahan kedua raja perempuan tersebut dan dia beriman dengan sebenarnya kepada Allah. Betapa kerajaan Nabi Sulaiman dapat mengubah pendirian sebuah kerajaan yang tidak kurang hebatnya juga untuk menyembah Allah. Moga kita mengambil pengajaran daripada kisah ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)