Monday, October 5, 2009

Kuliah Kitab Riadhus Solihin- Ustaz Zulkifli Ahmad

16hb. Syawal 1430 Hijrah


Pengkuliah : Ustaz Zulkifli Ahmad

RIADHUS SOLIHIN : Niat Ikhlas – Ayat Al-Qur’an
NIAT IKHLAS DALAM SEMUA PERKATAAN PERBUATAN AMAL LAHlR BATIN
Firman Allah :

وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاء وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ

Tiadalah mereka diperintah, kecuali supaya menyembah kepada Allah dengan ikhlas dalam menjalankan agama yang lurus dan mendirikan sholat, mengeluarkan zakat. Itulah agama yang lurus.
(Al-Bayyinah 5)

Firman Allah:
لَن يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَكِن يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنكُمْ كَذَلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ

Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat pertunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya.
(Al-Haj 37)

Firman Allah :
قُلْ إِن تُخْفُواْ مَا فِي صُدُورِكُمْ أَوْ تُبْدُوهُ يَعْلَمْهُ اللّهُ وَيَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأرْضِ وَاللّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Katakanlah: "Jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu melahirkannya, pasti Allah mengetahui". Allah mengetahui apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Ali Imran ayat 29

Hadia Nabi




1. Umar bin Alkhatthab r.a. berkata, “Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya sesuatu amal itu bergantung kepada niat. Penilaian Allah bagi setiap orang, ialah apa yang dia niatkan. Maka sesiapa berhijrah (dari daerah kafir ke daerah Islam) semata-mata kerana ta’at kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW, maka hijrah itu diterima oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW. Sebaliknya sesiapa berhijrah kerana keuntungan dunia yang dikejarnya, atau kerana perempuan yang akan dikahwini, maka hijrahnya bergantung kepada apa yang dia niatkan ketika berhijrah ke sesuatu tempat itu.”

(Bukhari, Muslim).

Oleh kerana peri pentingnya soal niat itu, maka ulama’ kaum muslimin meletakkan niat itu sebagai rukun pertama di dalam semua ibadat. Bahkan untuk membezakan antara ibadat dengan adat, hanyalah niat. Malahan sesuatu perbuatan adat, jika dilakukan dengan niat untuk mengikuti perintah Allah SWT dan Rasulullah SAW maka ia berubah menjadi ibadat yang berpahala.

Para ulama’ juga memperinci niat kepada lima macam; hakikat, tempat, hukum, masa dan syarat.

Hakikat niat: Iaitu sengaja (dengan sengaja mengerjakan sesuatu serentak dengan perbuatan)
Hukum niat : Wajib atau sunat.
Tempat niat : Dalam hati.
Masa niat : Pada permulaan melakukan perbuatan.
Syarat niat : Untuk tujuan amal kebaikan.

Rujukan: Imam Abu Zakariya Yahya bin Syaraf Annawawy (Terjemahan Salim Bahreisy). 1977. RIADHUS SHALIHIN 1. Bandung: PT ALMA’ARIF. m.s 11.

No comments:

Post a Comment