Saturday, October 3, 2009

Majlis Penyerahan Kompleks Masjid Alam Damai Cheras, Kuala Lumpur

Dari Laman Web JAKIM
http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=4221

Pada 7hb September 2009, pukul 3.00 petang acara penyerahan kompleks Masjid Alam Damai di Cheras, Kuala Lumpur ataupun dikenali dengan Masjid Al Mukhlisin telah diadakan.

Penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh pihak JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kepada JAKIM dan JAKIM kepada JAWI.
JKR Wilayah Persekutuan telah di wakili oleh Pengarahnya Y.Bhg. Ir. Hj Adanan Sukri bin Musa dan JAKIM oleh TKP(P) Y.Bhg. En Mohd Noor bin Abd Hamid.

Kompleks Masjid Al Mukhlisin ini bermula pembinaanya pada 17 Mei 2007 oleh Kontraktor Rahanibaba Sdn. Bhd yang telah dilantik oleh JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Projek ini berjalan selama 100 minggu lebih dan mengikut jadual asalnya projek ini sepatutnya siap pada 15 April 2009, Kontraktor telah mendapat Lanjutan Masa dari JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sehingga 13 Ogos 2009 dan tarikh penyerahanya kepada JAKIM adalah pada hari ini 7 September 2009.

Kompleks Masjid Al Mukhlisin ini menelan belanja sebanyak RM 13.5 juta, ianya meliputi masjid tiga tingkat yang boleh menampung 3,000 jemaah pada satu masa. Selain dari masjid , kompleks ini juga mengandungi kuarters 4 tingkat, sekolah agama 3 tingkat yang boleh menampung 1,000 orang murid dan sebuah kantin.

Pembinaan kompleks Masjid Al Mukhlisin ini dibina bagi memenuhi keperluan masyarakt setempat untuk menunaikan ibadat solat lima waktu dan solat Jumaat serta menjalankan aktiviti-aktiviti lain yang memberi manfaat bersama.

Dalam ucapannya, TKP(P) turut mengucapkan terima kasih pada semua pihak yang terlibat dalam pembinaan projek ini terutamanya JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur , kontraktor serta sub kontraktor yang terlibat .

Majlis berakhir dengan tetamu dibawa melawat sekeliling komponen projek dan akhir sekali menunaikan solat Asar berjemaah bersama-sama di masjid Alam Damai atau juga di kenali dengan nama Masjid Al Mukhlisin.


Masjid Al Mukhlisin Alam Damai Cheras Kuala Lumpur.


Pemandangan masjid dari bahagian mimbar.


Tetamu di Majlis Penyerahan.


Timbalan Pengarah (Pengurusan) JAKIM.


Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


Acara menandatangani Dokumen Penyerahan diantara JKR WPKL dan JAKIM.


TKP(P) menerima dokumen penyerahan dari Pengarah JKR WPKL.

Penyerahan kunci oleh JKRWPKL kepada JAKIM.


Penyerahan kunci oleh JAKIM kepada JAWI.

Acara penyerahan kompleks Masjid Al Mukhlisin Alam Damai daripada TKP(P)JAKIM kepada Timbalan Pengarah Operasi JAWI Tuan Haji Zainal Abidin bin Jaffar.

Acara lawatan oleh tetamu selepas majlis penyerahan.
Tarikh : 14 September 2009
Sumber : Unit Perhubungan Awam JAKIM
Editor : PRO JAKIM

No comments:

Post a Comment